Sambal Berdesing bermula daripada satu misi ringkas: mencari sambal tumis yang betul-betul pedas, versatil dan mudah digunakan. Saya mahukan sambal yang boleh dimakan terus dengan nasi panas, roti, maggi, ataupun dijadikan bahan masakan untuk menumis, menggoreng dan memerap – tanpa perlu banyak kerja di dapur.
Dalam usaha mencari sambal kegemaran sendiri, saya bereksperimen di dapur selama tiga hari berturut-turut untuk hasilkan resepi sambal tumis yang:
Pedas “berdesing” tapi tak sakitkan perut,
Tahan lama jika disimpan dengan betul,
Dan yang paling penting, rasa dia memang sedap.
Daripada eksperimen di dapur rumah inilah lahirnya Sambal Berdesing. Selepas mendapat rasa dan tekstur yang saya puas hati, sambal ini mula dibotolkan dan dijual secara atas talian melalui pelbagai platform.
Sambal Berdesing dicipta untuk menyelesaikan masalah:
“Nak sambal yang betul-betul pedas, sedap, dan senang dibawa ke mana-mana.”
Sama ada anda berada di rumah, di pejabat, di asrama atau bercuti, sebotol Sambal Berdesing boleh jadi “penyelamat” bila-bila masa anda perlukan rasa pedas yang padu.
Walaupun belum ada pencapaian besar setakat ini, kami sudah pun mula membina kehadiran online dan menjual melalui pelbagai platform atas talian. Fokus kami sekarang adalah untuk terus mengekalkan kualiti, menambah baik resepi, dan memastikan setiap botol Sambal Berdesing yang sampai ke tangan anda penuh dengan kepuasan dan kepedasan yang dijanjikan.
Sambal Berdesing – bila pedas itu bukan sekadar rasa, tapi satu pengalaman.